Monday, September 6, 2010

:: Minda Bersaru :: Selamat Datang...

Salam...
bilamana aku menulis dan mencipta alam penulisan baru untuk aku,
disini akan aku penuhi dengan muntah dan ludah yang kudis,
penuh asid dan kebencian,
untuk meluahkan apa yang disumbat oleh mereka2 yang sebelum ini membesarkan aku dengan tohmah dan pengkhianatan,
untuk aku melawan takdir ciptaan mereka2 yang hipokrit dan prejudis!
disini aku bermula, untuk pengakhiran yang aku kira,
dapat anak2 bangsa mengecap saat cinta dan sempurna...

selamat datang ke laman minda bersaru...

Saturday, July 18, 2009

:: Minda Terlalu Tepu ::

salam,

isu demi isu dikupas.
malah ada mata yang celik,
tapi dipejam ditutup rapat,
telinga yang dengar,
di tuli dan dibiar pekak,
mulut yang petah,
di bisu dan diam tanpa bantah...

kadang difikir, tembolok belum terisi,
kantung puaka di khaki belum terisi,
projek dan bisnes belum jadi,
hari-hari mahu makan nasi...

salah siapa jika hari ini milik mereka?
salah siapa jika hari ini tanah mereka?
salah siapa jika hari ini dijajah mereka?
salah siapa jika hari ini diludah mereka?
salah siapa? salah siapa? salah siapa?

buka buku kalam yang agung,
renung kembali apa yang terselindung,
selami isi, daging dan tulang,
biar tahu apa yang dibilang,
biar tahu siapa petualang...

Sunday, May 24, 2009

:: Talkin Ummmpp...NooOoo~!!! ::

Sunday, April 19, 2009

*.* Kongres Memperkasa Kampung Tradisi Melayu KL *.*

Tuesday, April 14, 2009

*|* Kongres Memperkasa Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekututuan Kuala Lumpur *|*

Friday, March 20, 2009

|| Minda Bersaru || Terlupa Pada Diri

terlupa pada diri,
kadang bila bermadah,
terlepas ludah dan nanah,
mengharap yang pasrah,
kurang mengerti isi dan surat,
kurang mengerti hati dan sifat,
kurang mengerti tingkah dan langkah,
kadang terpesong pangkah,
kadang terserong arah.

terlupa pada diri,
mengharap yang mengerti,
mengharap yang pasti,
mengharap ke mati,
mengharap ke hati,
tersadung kaki, tersimpul hati.

terlupa pada diri,
diri melupakan diri...

-Aku Saru...

Tuesday, March 10, 2009

:: Selamat Menyambut Maulidur Rassul ::

"eh~ nasik belom habis dah nak tido?"
"aku bukan tido, nih tengah slow-slow kunyah... sambil pejam mata..."
"itula, orang senang makan pakai tangan, banyak zat sikit..."
"aku makan pakai sudu sebab nak cepat... nak balik tengok bola~"