Saturday, September 13, 2008

:: Masyarakat berbilang kaum ::

"Kami pimpinan Pakatan Rakyat bertekad serta berjanji bahawa kami tetap komited untuk membina masyarakat berbilang kaum yang teguh.


"Kami ingin menyorot pandangan semua kepada kenyataan Pakatan Rakyat yang dikeluarkan pada 8 September lalu.


"Kenyataan itu membuktikan iltizam kami untuk menjunjung jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi, hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan
agama masing-masing, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak kaum masing-masing untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lainnya.


"Kami menggesa kerajaan untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa operasi yang bermotifkan politik ini sudah berakhir," katanya.


Anwar berkata, sebagai rakyat negara ini yang bertekad untuk mematuhi semangat keperlembagaan, "kita sudah tidak mahu lagi hidup di dalam ketakutan".


"Kami menggesa sesiapa sahaja yang ditahan dibawah ISA mestilah dibebaskan segera.


"Kami juga menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan kita yang ditahan serta keluarga mereka tatkala melalui saat-saat sukar ini," katanya.


dalam saat-saat getir macam ni, elok la jangan sebut pasal isu perkauman ke, keagaamaan ke, telinga masing2 da mula panas... bagi aku, kalau kita bergaduh sesama kita, tak kira la melayu dengan melayu, melayu dengan cina, melayu dengan india, tetap akan jadi seperti "yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu"... takder pekdah deh...

-
Yang Celaru

No comments: