Friday, December 26, 2008

:: Celah Retakmu Lahir Aku ::

Lahir aku dicelahan retakmu Kapitalis,
Coba aku fahamkan, coba aku khatamkan Min Kaff coret sosialis,

Terbit pula nur di celah retak kapitalis,
Kalam Agung pun tidak tersudah,

Ini pula coret puaka dari negeri entah ber'antah.

Ah! Kapitalis,
Wayangmu keindahan sementara,

Datang dari jerih perit pejuang-pejuang sasa,
Kau wayangkan gedung-gedung agam dan mewah,
Kafe-kafe kota kisaran kopi dari serata buana,
Kau wayangkan kota-kota batu,

Dari kikisan kudis ringgit umat kelas pekerja,
Kau wayangkan keindahan lunaknya cinta,
Dari celah-celah nota gemersik suara pelaung-pelaung dusta,

Kau wayangkan merdeka-merdeka-MERDEKA!,
Dari pejuangan halus dan tolak ansur ikut kata mereka.


Aku kenal kamu,

Kamu tidak kenal aku,
Jadi semua bahgia dunia,

Hanya mengisi tembolok-tembolok rakus rakan-rakan kamu,
Kerana? Kerana kamu tidak kenal aku,
Hanya aku kenal kamu...


Wayangnya cerita kapitalis,
Ceritanya perjuangan,
Terselit dicelah rongak penunggu kedai kopi,

Wayangnya cerita kapitalis,
Borak-borak kosong sang prejudis,

Mengatur dan mencatur bangsa mana yang ingin di kuda,

Tolak-tolak dana sesama dia,
Disini bukan diseberang laut,
Kapitalis ini dari bangsaku,

Laung-melaung tuannya Melayu,

Hakikat bukan seperti itu,

Keris dijulangf dicium,

Tapi aku tidak sedikitpun merasa remang roma,

Tidak untung, tidak rugi,

Lahir aku di celah retakmu KAPITALIS!!!

Monday, December 1, 2008

::Minda Bersaru:: Lu Laga, Macam Orang Nak Percaya...

Situasi:: Baru lepas tengok berita bo'ong di Tv3...

Kumpulan erdogan la, pro anwar la, apa la... bongok ker korang nih, aper salahnya orang pas nak suka dengan anwar, macam lar takder orang umno yang suka dengan samybelu, macamla takder orang umno yang sayang dengan soi lek... macam la takda...
Suka-suka lu orang la,
Yang nyatanya, aku tengok takder pon orang-orang dalam Pas yang terasa macam Pas dah terbahagi dua, orang-orang tua kat sungai mulia elok jer ako tengok, takder pon yang tambah pagar rumah kasi tinggi, takder pon yang buat line putus-putus tanda kawasan berlainan fahaman... Yang bercakap tu kononnya lu pakar analisis politik la, taik lu!!! sembang kedai kopi bleh la weih...

Dapat jemputan menyertai kongres... tapi keadaan semasa ako tak mengizinkan untuk pergi... takper satu hari nanti... satu hari nanti...

-Yang Celaru

Sunday, November 30, 2008

:: Minda Bersaru :: Kebencian Di Waktu Puncak

Sekian lama ako meninggalkan sebentar kehidopan puaka yang selalu meminta untuk ako meludah dan terus meludah hingga kaku lidah, keadaan papan kekunci dan kelibat tetikus untuk digosok-gosok dan diraba-raba mula menusuk kembali jiwa bongok ako. Lama waktu meninggalkan Minda Bersaru, hingga tak terperasan ada kalian yang sudi menjengah walau melintas sekali, ku kira itu berbaloi untuk perjuangan ako yang sengal ni.
Bukan apa, hidop yang mesti terus ini, sedang memanggil-manggil diri katik dan hodoh untok terus memperjuangkan apa yang dipanggil sesuap nasi. Ako ketika ini sedang dalam perjalanan meneruskan sisa dan saki idea-idea kritis dan radikal dari dalam benak yang pesong, ako ketika ini sedang dalam menyiapkan proyek yang sebelom ini ku kencang dan canang seluruh buana.
"apa projek lu brok?"
"arnab"
"kepala otak lu, mana lu nak tolak minatang tu bila dah banyak nanti, mana ada orang makan arnab bodo!"
"ada barang nak dijual, ada la orang nak beli"
"bodoh lu! sekarang orang dok sebok buat ternak lintah la, cacing la, ketam la, kuda laut la, lu terhegeh-hegeh nak pegi bela arnab, tak ikot keadaan semasa la lu ni bro"
"ada nyer orang bela arnab skang"
"ah! lu nih sengal!"
Tunggu la, ako tak nak cakap yang projek ini akan seratus peratus berjaya, tapi dari pandangan sempit sepet dan berkat dahi luas ako berani untuk menjadi penjudi yang terjun ke lubuk gelap dan dara, biar hari ini di maki dan di bodoh-bodoh... biar... mak lu la sengal!
"apsal lu taknak terus jer jual henset? lu dah ada blog yg stabil da... ramai followers blog tokan henset lu, takkan lu nak stop camtu jer..."
Ako bukan nak cuci tangan sepenuhnya, tapi untok bisnes henset, ako kurangkan skop pelanggan dia, biar la ako main dengan minatang, biar la... henset nanti ako nak serve orang yg aku kenal jer, kawan, sedara, kawan punya kawan, sedara punya sedara, takda lagi dah orang yang tetiba buta... susah... susah!

"dicampak kelaut menjadi pulau, dihumban kedarat menjadi gunung"

-Yang Celaru

Wednesday, November 5, 2008

:: Minda Bersaru :: Alam Pusing

akal jadi serong,

langkah pun kadang-kadang tersadung,

hitung-menghitung,

otak langsung bingung,

akal jadi serong...

cabut kepala pepatung,

tidur dalam pembetung,

jalan kaki sampai Bentong,

akal jadi serong!

oh... akal jadi serong...

Friday, October 31, 2008

:: Pembelaan Peniaga Kecil :: Tesco, Carrefour, Giant, KingKong


Siapa yang boleh bela mereka2 ini?

Isu kali ini aku akan cuba ketengahkan permasalahan selekeh dan remeh dari kalangan peniaga-peniaga kecil seperti pekedai2 runcit, peniaga2 pasar basah dan segala jenis peniaga-peniaga yg mempunyai perniagaan kecik-sekeciknya. Siapa yang akan membela mereka-mereka ini???

Dua hari lepas ako baru jer pegi rumah abang ipar aku di Meru, Klang. Dalam perjalanan aku singgah di sebuah 'HYPERMARKET' yg agak tersohor jugak iaitu TESCO Setia Alam. Dua tahun lepas aku datang ke sini(Meru), area Setia Alam ni baru nak naik, yg ada masa tu padang seluas-luasnya, selepas dorang tarah ladang kelapa sawit da bangunkan projek pembangunan kat Setia Alam ni. Cerita yg ingin aku ketengahkan kat sinih bukan lah pasal ako pegi jalan2 kat Setia Alam. Yg ako rasa nak cerita nih, adalah pasal, siapa yg akan bela peniaga-peniaga kecil yang bukak kedai runcit(tak kira la, kedai runcit cikgu baharom ke, kedai runcit appu ke) yang menjalankan perniagaan mereka di sekitar kawasan ratio keluasan Setia Alam yang terus membawak ke kawasan Meru, Kapar dan Klang.

Bila jer kita masok dalam Tesco ke, Giant ke, Carrefour ke, kita mesti perasan perasaan 'sesuatu' bila ada dalam kawasan premis ni, 'sesuatu' yg dimaksudkan ako adalah, kita mesti rasa, kita boleh cari segala jadah benda yg ada dalam dunia nih kat dalam premis ni. Betol ke tidak, perasaan sesuatu tu lah secara perlahan-lahan akan membunuh kesemua peniaga-peniaga kecik yg akan secara tidak langsung mempertahankan perniagaan mereka selagi boleh.

Semalam ako pegi pulak Tesco Selayang, awek ako suro beli barang, pegi je la, sebabkan aku round sorang2 dalam Tesco ni, jadi banyak la masa ako memerhati pergerakan dan situasi dalam Tesco ni secara lebih terperinci, bila mana ako tengok barangan yg dorang sediakan memang cukup, dari barang rumah, barang masak, barang perabot, kain baju, suar dalam, apa segalanya lah korang nak mesti jumpa dalam Tesco, mak bapak jer takder jual dalam tu. Setelah lama ako round-round dalam Tesco nih, baru ako terperasan, dimana sifat penjenamaan sendiri(betol ke frasa yg ako guna?) oleh pihak Tesco pulak, dari segala jenis barang, tak kira barang makan minum, air cola, aiskrim, jus buah, kacang tanah dan bermacam-macam lagi benda yg dorang nih dah jenamakan menggunakan jenama dorang(Tesco). Dari situ aku jugak teringat yg penjenamaan sendiri nih terjadi jugak di HYPERMARKET Giant, dimana penjenamaan sendiri produk-produk popular atas jenama sendiri.

Dari sini aku tak tau lah, tujuan penjenamaan nih adalah bersifat persaingan sihat atau tidak, samada persaingan ini bertujuan untuk memberi pilihan harga lebih murah untuk barangan yg sama jenis. Tapi pada pandangan RADIKAL ako pulak, benda nih jugak sama seperti menabur 'Natrium Nitrat' kedalam periuk nasi pengusaha-pengusaha dan pengilang-pengilang kecil jenama-jenama baru nak naik, lebih-lebih lagi ianya tidak terkecuali pengusaha-pengusaha kecil dari golongan BUMIPUTERA. Masalah inilah yg lama-lama membusuk dan terus membusuk, lama-lama bangkai. Siapa nak jawab nih Jack?? Ah! jangan jadi macam filem Wall-E sudah... semua barang dah jadi jenama satu kompeni jer...

Perkara nih ako rasa kena ketengahkan, pihak-pihak yang bertanggungjawab kena pantau dan amik tindakan, paus-paus besar ni, dorang punya banyak modal, setakat nak sapu plankton-plankton sekeliling dorang senang-senang jer....

Wednesday, October 29, 2008

:: FAKULTI MULTIMEDIA DAN KREATIVITI ISLAM PERTAMA DI DUNIA ::

Merujuk perkara diatas, kami dengan rasa sukacitanya ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan berkenaan pembukaan Fakulti Multimedia dan Kreativiti Islam Pertama Didunia di Kolej Unversiti INSANIAH, Alor Star, Kedah Darul Aman. Fakulti ini bakal memulakan sesi pertamanya pada Januari 2009 dan proses pengambilan pelajar sedang dilakukan.

Fakulti ini menawarkan tiga program peringkat ijazah dan tiga program peringkat diploma iaitu:


Sarjana Muda Kreatif Multimedia
Sarjana Muda Grafik Multimedia
Sarjana Muda Internet Protokol Televisyen
Diploma Kreatif Multimedia
Diploma Grafik Multimedia
Diploma Internet Protokol Televisyen

Kami berharap pihak tuan/puan dapat memaklumkan perkara ini kepada pihak-pihak yang berminat

Pihak kami juga mengalu-alukan penglibatan tuan/puan sebagai agen pemasaran bagi Universiti kami.

Bagi maklumat lanjut tentang kemasukan dan agen pemasaran bolehlah menghubungi kami di INSAN MAYA Sdn Bhd no tel. 6017-3030 433 atau email di admin@insanmaya.com.

Sekian Terima Kasih

Tuesday, October 21, 2008

:: Shamsiah Fakeh meninggal dunia :: Al-Fatihah (Berjuang menuntut kemerdekaan dengan berani dan tegas!) no compromise!


Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah. Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.

Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa tidur seharian suntuk semalam.

"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, (nyawa) beliau sudah tidak ada. Wajahnya kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang berlainan bapa.

Tambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais hadir memberikan penghormatan terakhir.

Hujan lebat sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.

Menurut memoirnya, Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

Lagi tentang beliau- http://www.penerbit.ukm.my/f659-9.html

-Semua artikel aku cedok dari Malaysiakini, Al-Fatihah untuk beliau.