Saturday, January 24, 2009

*.* Tadi Pagi *.* MengKopi di Kedai Mahmud(Ma'muit)

Tadi pagi, selepas berhempas pulas mengejar acit(beruk) yg terlepas dari kandang, akibat dari kerosakan minor di bahagian pintu kandang, aku dan pamili keluar minum kuppi di sebuah kedai yg membawa nostalgia kepada kenangan waktu membesar di daerah kesultanan gumbak ni. Kedai yang sudah pun wujud sejak 30-40 tahun lepas, tak pernah putus² dengan kehadiran manusia dari perbagai lapisan masyarakat, tak kira umor, bangsa juga agama, dengan bermacam wajah yg ada, kedai ni terus penuh dengan kehadiran lapisan masyarakat Batu 5 dan kawasan sekitar.
Kedai ni terkenal dengan keenakan roti canai yg warisi dari turun-temurun dari zaman-berzaman yang lembut dan garing~! Tujuan aku mencoret sedikit sebanyak tentang kedai ini atas inisiatif yg merasakan tidak adil dalam diri aku kalau aku tak kongsi dengan korang semua tentang kedai nih..
Tak reti nak cakap macamana bestnyer kedai nih, tapi kalau bicara pasal nostalgia, memang banyak giler nostalgia dan nostalgila ako dengan suasana disini.
Seawal pukol 6:45 pagi aku dihantar ke rumah nenek aku di kampung sungai mulia, dan setelah itu baru mak bapak aku terus pegi kerja. Makcik aku (Yg aku panggil Icai) akan memandikan aku, memakaikan baju dan seluar, menyikat rambut(bubuh minyak bilkrim), menyapu bedak dimuka dan aku akan menunggu datuk untuk mengkeri(carry) aku di atas basikal tuanya untuk menuju ke kedai yg dimaksudkan(kedai ma'muit-Mahmud). Melalui kawasan rumah² kampung(masa tu tak banyak rumah lagi kat batu 5 gombak ni), seterusnya lalu di kawasan kampung cina yg terletak di sebelah kampung aku dan seterusnya akan membawa ke dunia besar(jalan besar-jalan Gombak). Datuk turun dari basikal sementara aku masih duduk di atas palang basikal, lalu menyeberang ke seberang jalan. Dahulunya kedai ma'muit terletak betul² di tepi jalan besar(jalan Gombak), tapi disebabkan kerajaan membesarkan jalan, kedai tu terpaksa berpindah tapak ke tapak baru terletak lebih kurang 500meter dari tempat asal. Sesampainya disitu, atuk menurunkan aku dari basikal dan memaking(parking) basikal di bahagian belakang tempat orang menebar roti. Setelah mendapatkan tempat duduk, datuk akan orderkan aku roti canai biasa satu dan satu lagi untuk dia... tapi dia tak order air pon untuk aku... dia order air teh satu jer untuk dia, bila benda yg diorder dah sampai, air teh tadi yg dihidang didalam cawan beralas piring akan dituangkan sebahagian kedalam piring... dan air didalam piring itu yg menjadi bahagian air untuk aku~
Hari berganti hari, tahun berlipat tahun, atuk pon dah takda, serupa jugak Haji Mahmud(Tok Ma'muit) pon dah meninggal, kedai tu tetap wujud sampai hari ni...
"Wa'ang, kalau wa'ang isap dadah, wa'ang bukan cucu atuk..."
(kau, kalau kau isap dadah, kau bukan cucu atuk...)
Al-Fatihah untuk atuk aku Hj.Jaafar(Buyong) bin Langkamin.
Lokasi:: Batu 5 Jalan Gombak, berhampiran Pejabat Pos Gombak.
Masa dibuka:: 7pagi-11pagi(selalunya roti canai habis pukol 1030pagi.
Menu:: Roti canai dan nasi lemak.
Klik gamba peta untuk lihat dengan lebih jelas.

5 comments:

Unknown said...

woi mangkok nama ayah dato bukan langkamin la,
tu nama ayah tiri dia.
ayah to yaya ngan tok sarip kesayangan kau tu.
hahahah

iceburn cartello said...

yeker... sial... ahmad ker nama ayah atok? AHHAhAhHAhA

Dewangga Sakti said...

Kedai yg mana?
Tepi masjid?

Majulah Kesultanan utk negara!

Dewangga Sakti said...

ok dah tgk peta.
Boleh cari

iceburn cartello said...

oh bro DS~ kedai nih dah pindah, jalan masuk ke sekolah cina lee rubber, jalan masuk ke setapak garden~ tahu? ehehehe ajak man pegi~ kalau tak tau jugak budak tu... ntah la...