Friday, September 26, 2008

:: Repost :: repos dari AIC forum


« Reply #28 on: September 25, 2008, 02:48:56 AM »
Remove

perghh baru jer dua tiga ari aku tak bukak forum, dah ramai yg replied thread nih... kengkawan dan sesedara sekalian, bukan tujuan aku nak melaga-lagakan yg tak pakai baju dan yg tak pakai baju dalam thread nih, tapi aku memperkatakan tentang mana hak anak jati tempatan dalam pembelaan kawasan tempat tinggal dorang, mungkin aku tak dapat nak keluarkan fakta2 atau bukti2 kejadian, kerana kebanyakan perkara berlaku dengan pantas dan tidak dapat dirakam...
aku bengang bukan pasal apa... lama dah bengang pasal bebenda ni, tapi dok diam jer, pendam sampai bengkak, tapi biler dah menanah tuh yg perit terpaksa keluarkan jugak,
perkara nih jadik lagik seminggu nak raya nih... seperti yg sedia maklum bagi org-org kawasan setapak dan sekitar, mungkin juga en.bob yg tanya saya setapak area mana(aku anak jati kg sungai mulia, cucu hj mallah dan hj jaafar batu 5), tentang sedia maklum tadi- maksud aku, mengenai kawasan perniagaan Uptown Danau Kota, bagi kami anak tempatan disini, rata-rata dan semuanya la, mengetahui bahawa, peniaga-peniaga di Uptown tu langsung takda sorang dari kariah kawasan kami,
kesah bermula masa beberapa ketika ura-ura kawasan uptown damansara dipindahkan ke danau kota, kami sudahpun mendapat berita gembira itu dan sejuklah hati anak-anak kariah akan kemunculan kawasan perniagaan yg dikira mungkin akan membawa pulangan ekonomi yg baik di kawasan kami.
Tibalah berita2 bahawa pemohonan tapak telah dibuka kepada sesiapa yg berminat, TETAPI!!!! AHhahAhAH terdapatlah berita-berita bahawa tapak-tapak Uptown telahpun penuh senarai penghuninya, setelah di 'ricki-ricki', dengar lah perkhabaran kepada siapa tapak-tapak ini di beri hak, datanglah gerombolan mereka-mereka yg tidak dapat dikenali entah dari mana ke kawasan ini, berang lah sebilangan peniaga-peniaga kecil di kawasan batu5(medan idaman/ong tai kim) dan sebilangan penduduk asal mengenai perkara ini. Tetapi kami bersifat terbuka dan menerima perkara ini dengan baik dan malas untuk mengutarakannya dengan lebih panjang lebar, biarlah puak-puak ini yg menjaga 'kawasan-kawasan mereka'.... dan aku pun redha je lah, mungkin takda rezeki nak meniaga kat situ..

hari berganti hari, purnama bersilang purnama, tahun melompat tahun, tibalah bulan puasa untuk tahun 2008 ni... terfikirlah aku untuk cuba meniaga secara kecil-kecilan... seblom ini, di bulan-bulan puasa yg lepas, aku selalu meniaga kat area ong tai kim jer... tapi memandangkan proses pembesaran Jalan Gombak sedang rancak berlangsung, kawasan ong taikim tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya... berfikirlah aku, apalah kiranya dapat aku mengadu nasib untuk cuba berniaga 'berhampiran' Uptown Danau, dan di suatu hari lagi seminggu nak raya(beberapa hari lepas) aku pon dengan merendah diri cubalah bertanya kepada seorang peniaga di hadapan Shell di tepi jalan taman ibu kota,

"bang, boleh saya bukak table sebelah abang? saya nak meniaga alas meja plastik"
brader nih pandang aku atas bawah
"cuba abang tanya orang yg tengah sandar kat kereta tu, dia yg jaga kawasan ni, saya meniaga ni dia yg bagi"
aku pun pegilah kat brader yg sorang lagi nih...
"bang, boleh saya meniaga kat kawasan ni? sebelah abang jual air tu"
orang ni pandang aku atas bawah jugak,
"tak boleh la, brader tu meniaga situ sebab dia ada 'link' dengan 'boss', aku tak boleh bagi kau meniaga sinih, tapi... kalau ko nak meniaga jugak, ko boleh meniaga seberang jalan sana, sana aku bagi"
brader ni tunjuk aku, seberang jalan yg takder org lalu lalang dan keadaan gelap, kurangnya lampu jalan, ada la org meniaga dadih kat situ(yg keadaannya seperti hidup segan mati tak mahu),
dalam hati aku... "dari dia suruh aku meniaga kat sana, baik aku meniaga dalam longkang, alang-alang biar orang tak nampak gerai aku terus.."
untuk keterangan korang, aku hanya nak bukak meja lipat (macam kat kedai mamak tu) sebijik jer, dengan satu roll plastik alas meja, sebilah gunting dan beberapa helai plastik bungkusannya nanti.... itu pun dia tak bagi...

lepas jer brader tu cakap macam tu, memanglah menyumpah dalam hati aku, takpalah, takder rezeki, nak buat macam mana...
aku pon suruh la adik aku tolak troli berisi roll plastik alas meja patah balik ke kereta aku untuk diupload kedalam bonet kembali.

dan apa point aku disini???
Kenapa indon jual steambot ramai-ramai(dekat 9-10 stall) tak dihalau??? tetapi melayu, warganegara dan seagama tidak diberi peluang, hanya untuk seminggu je.. bukan terus meniaga kat situ...
aku harap korang dapatlah jawab persoalan aku ni... mana hak aku sebagai anaktempatan, dah lah tempat kami dirampas, kami nak tumpang(kampung kami) hanya untuk seketika pun di tidakkan hak kami...

satu lagi info penting buat korang yg baca thread ni, secara pukul ratanya, penduduk asal kawasan jalan gombak adalah dari keturunan minang kabau dan bahasa pasar yg digunakan ialah loghat minang Gombak,bermula dari (kampung puah)batu 3 membawa ke batu 11, masuk je batu 12 dah area orang asli(baru-baru ini dipanggil orang asal).

sekali lagi di ingatkan, tujuan thread ini dibuka bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak, ia hanyalah bertujuan menyatakan HAK dan MEMPERSOALKAN KEPINCANGAN DIDALAM PERTUBUHAN BAWAH TANAH yg semakin hari semakin pening...

-Yang Celaru
iceburn www.mindabersaru.blogspot.com


"Gua brani, Lu brani???" www.mindabersaru.blogspot.com


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Post kat atas nih, aku post dalam Forum AnwarIbrahim Club, banyak gak la pandangan dan pendapat dari ahli2 AIC tu, banyak jugak la geng adik-beradik yg melenting-lenting, siap tanya aku dok mana la, apa la... , aku bagi tau semua, terpulang la pada geng2 ni nak nak nilai aku apa... aku cuma nak menyatakan ketidak puasan hati aku jer...
untuk korang yg nak mengikuti borak pasal benda ni sila klik --->http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php/topic,2163.0.html
-Yang Celaru

No comments: