Sunday, September 21, 2008

|| REPOST || Dari blog En.Zahan-Kupasannya menarik!

Saturday, September 20, 2008

Refom Minda

ISU DUNIA MELAYU:Artikel ini menganalisa isu ini secara ringkas..

Singapura lebih maju dari Malaysia bukan kerana rakyatnya lebih bijak. Berikut ialah rumusan penulis tentang sebab-sebab sebenar:

1. Politik di Singapura stabil. Sekalipun media Malaysia sentiasa menggambarkan Singapura dengan pemerintahan diktator, hakikatnya ialah rakyat Singapura selesa dengan ekonomi yang cemerlang dan kepimpinan negara yang bersih dari rasuah.

2. Kepimpinan negara bersih dari rasuah. Rasuah dipandang serius di Singapura. Seorang menteri Singapura pernah dikecam teruk kerana mendapat sedikit diskaun sewaktu pembelian sebuah apartment. Ini berbeza dengan politik Malaysia di mana imej BPR cukup rendah dan dilihat di bawah kerajaan.

3. Singapura tidak boros. Kepimpinan Singapura tidak menghabiskan harta negara untuk projek-projek yang sekadar menguntungkan kroni.

4. Gaji kakitangan kerajaan tinggi. Gaji PM Singapura tertinggi di dunia. Di Malaysia, kakitangan kerajaan hidup susah sehingga ada yang menjadi pencacai UMNO seperi shardanny, melayunet, zeymi dan antihusam. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi.

5. Perancangan yang teliti untuk jangka masa panjang. LIhat saja bagaimana Pulau Batu Putih berjaya dirampas dari Malaysia dengan perancangan yang teliti.

6. Rakyat bersemangat mencari wang. Rakyat Malaysia khususnya Melayu banyak yang mempunyai sikap malas merancang dalam usaha mencari wang. Justeru, ekonomi orang Islam mundur. Pendapatan berkapita orang Melayu rendah berbanding kaum lain. Orang Melayu juga asyik berpolitik tetapi ramai yang enggan berniaga dan tidak sistematik dalam mengurus kewangan. Penulis sebagai contoh mampu mengumpul lebih RM15,000 sebulan sedangkan rata-rata rakan penulis hanya mampu memperolehi sekitar RM2,500 sahaja. Perancangan itu penting.

7. Sistem pendidikan dipolitikkan. Pensyarah dan guru-guru diperkuda oleh BN. Penukaran ke bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik menjadikan budak-budak Melayu semakin mundur dalam subjek-subjek ini. Golongan pro-UMNO seperti zeymi dan melayunet juga maklum akan perkara ini tetapi enggan mengaku salah. Justeru, penyokong taksub dan pengampu seperi mereka membuatkan kepimpinan negara berasa tindakan itu betul.

8. Islam Hadhari. Singapura maju tanpa Islam hadhari. Di bawah Islam yang sejati, kita yakin kita akan lebih maju tetapi jelas, di bawah Islam hadhari, orang Islam semakin ketinggalan..
0 comments http://zahan-article.blogspot.com/

- Cuba letak kita Melayu yang mana satu???

No comments: