Friday, December 26, 2008
:: Celah Retakmu Lahir Aku ::
Coba aku fahamkan, coba aku khatamkan Min Kaff coret sosialis,
Terbit pula nur di celah retak kapitalis,
Kalam Agung pun tidak tersudah,
Ini pula coret puaka dari negeri entah ber'antah.
Ah! Kapitalis,
Wayangmu keindahan sementara,
Datang dari jerih perit pejuang-pejuang sasa,
Kau wayangkan gedung-gedung agam dan mewah,
Kafe-kafe kota kisaran kopi dari serata buana,
Kau wayangkan kota-kota batu,
Dari kikisan kudis ringgit umat kelas pekerja,
Kau wayangkan keindahan lunaknya cinta,
Dari celah-celah nota gemersik suara pelaung-pelaung dusta,
Kau wayangkan merdeka-merdeka-MERDEKA!,
Dari pejuangan halus dan tolak ansur ikut kata mereka.
Aku kenal kamu,
Kamu tidak kenal aku,
Jadi semua bahgia dunia,
Hanya mengisi tembolok-tembolok rakus rakan-rakan kamu,
Kerana? Kerana kamu tidak kenal aku,
Hanya aku kenal kamu...
Wayangnya cerita kapitalis,
Ceritanya perjuangan,
Terselit dicelah rongak penunggu kedai kopi,
Wayangnya cerita kapitalis,
Borak-borak kosong sang prejudis,
Mengatur dan mencatur bangsa mana yang ingin di kuda,
Tolak-tolak dana sesama dia,
Disini bukan diseberang laut,
Kapitalis ini dari bangsaku,
Laung-melaung tuannya Melayu,
Hakikat bukan seperti itu,
Keris dijulangf dicium,
Tapi aku tidak sedikitpun merasa remang roma,
Tidak untung, tidak rugi,
Lahir aku di celah retakmu KAPITALIS!!!
Monday, December 1, 2008
::Minda Bersaru:: Lu Laga, Macam Orang Nak Percaya...
Kumpulan erdogan la, pro anwar la, apa la... bongok ker korang nih, aper salahnya orang pas nak suka dengan anwar, macam lar takder orang umno yang suka dengan samybelu, macamla takder orang umno yang sayang dengan soi lek... macam la takda...
Suka-suka lu orang la,
Yang nyatanya, aku tengok takder pon orang-orang dalam Pas yang terasa macam Pas dah terbahagi dua, orang-orang tua kat sungai mulia elok jer ako tengok, takder pon yang tambah pagar rumah kasi tinggi, takder pon yang buat line putus-putus tanda kawasan berlainan fahaman... Yang bercakap tu kononnya lu pakar analisis politik la, taik lu!!! sembang kedai kopi bleh la weih...
Dapat jemputan menyertai kongres... tapi keadaan semasa ako tak mengizinkan untuk pergi... takper satu hari nanti... satu hari nanti...
-Yang Celaru
Sunday, November 30, 2008
:: Minda Bersaru :: Kebencian Di Waktu Puncak
Bukan apa, hidop yang mesti terus ini, sedang memanggil-manggil diri katik dan hodoh untok terus memperjuangkan apa yang dipanggil sesuap nasi. Ako ketika ini sedang dalam perjalanan meneruskan sisa dan saki idea-idea kritis dan radikal dari dalam benak yang pesong, ako ketika ini sedang dalam menyiapkan proyek yang sebelom ini ku kencang dan canang seluruh buana.
"apa projek lu brok?"
"arnab"
"kepala otak lu, mana lu nak tolak minatang tu bila dah banyak nanti, mana ada orang makan arnab bodo!"
"ada barang nak dijual, ada la orang nak beli"
"bodoh lu! sekarang orang dok sebok buat ternak lintah la, cacing la, ketam la, kuda laut la, lu terhegeh-hegeh nak pegi bela arnab, tak ikot keadaan semasa la lu ni bro"
"ada nyer orang bela arnab skang"
"ah! lu nih sengal!"
Tunggu la, ako tak nak cakap yang projek ini akan seratus peratus berjaya, tapi dari pandangan sempit sepet dan berkat dahi luas ako berani untuk menjadi penjudi yang terjun ke lubuk gelap dan dara, biar hari ini di maki dan di bodoh-bodoh... biar... mak lu la sengal!
"apsal lu taknak terus jer jual henset? lu dah ada blog yg stabil da... ramai followers blog tokan henset lu, takkan lu nak stop camtu jer..."
Ako bukan nak cuci tangan sepenuhnya, tapi untok bisnes henset, ako kurangkan skop pelanggan dia, biar la ako main dengan minatang, biar la... henset nanti ako nak serve orang yg aku kenal jer, kawan, sedara, kawan punya kawan, sedara punya sedara, takda lagi dah orang yang tetiba buta... susah... susah!
"dicampak kelaut menjadi pulau, dihumban kedarat menjadi gunung"
-Yang Celaru
Wednesday, November 5, 2008
:: Minda Bersaru :: Alam Pusing
langkah pun kadang-kadang tersadung,
hitung-menghitung,
otak langsung bingung,
akal jadi serong...
cabut kepala pepatung,
tidur dalam pembetung,
jalan kaki sampai Bentong,
akal jadi serong!
oh... akal jadi serong...
Friday, October 31, 2008
:: Pembelaan Peniaga Kecil :: Tesco, Carrefour, Giant, KingKong
Siapa yang boleh bela mereka2 ini?
Isu kali ini aku akan cuba ketengahkan permasalahan selekeh dan remeh dari kalangan peniaga-peniaga kecil seperti pekedai2 runcit, peniaga2 pasar basah dan segala jenis peniaga-peniaga yg mempunyai perniagaan kecik-sekeciknya. Siapa yang akan membela mereka-mereka ini???
Dua hari lepas ako baru jer pegi rumah abang ipar aku di Meru, Klang. Dalam perjalanan aku singgah di sebuah 'HYPERMARKET' yg agak tersohor jugak iaitu TESCO Setia Alam. Dua tahun lepas aku datang ke sini(Meru), area Setia Alam ni baru nak naik, yg ada masa tu padang seluas-luasnya, selepas dorang tarah ladang kelapa sawit da bangunkan projek pembangunan kat Setia Alam ni. Cerita yg ingin aku ketengahkan kat sinih bukan lah pasal ako pegi jalan2 kat Setia Alam. Yg ako rasa nak cerita nih, adalah pasal, siapa yg akan bela peniaga-peniaga kecil yang bukak kedai runcit(tak kira la, kedai runcit cikgu baharom ke, kedai runcit appu ke) yang menjalankan perniagaan mereka di sekitar kawasan ratio keluasan Setia Alam yang terus membawak ke kawasan Meru, Kapar dan Klang.
Bila jer kita masok dalam Tesco ke, Giant ke, Carrefour ke, kita mesti perasan perasaan 'sesuatu' bila ada dalam kawasan premis ni, 'sesuatu' yg dimaksudkan ako adalah, kita mesti rasa, kita boleh cari segala jadah benda yg ada dalam dunia nih kat dalam premis ni. Betol ke tidak, perasaan sesuatu tu lah secara perlahan-lahan akan membunuh kesemua peniaga-peniaga kecik yg akan secara tidak langsung mempertahankan perniagaan mereka selagi boleh.
Semalam ako pegi pulak Tesco Selayang, awek ako suro beli barang, pegi je la, sebabkan aku round sorang2 dalam Tesco ni, jadi banyak la masa ako memerhati pergerakan dan situasi dalam Tesco ni secara lebih terperinci, bila mana ako tengok barangan yg dorang sediakan memang cukup, dari barang rumah, barang masak, barang perabot, kain baju, suar dalam, apa segalanya lah korang nak mesti jumpa dalam Tesco, mak bapak jer takder jual dalam tu. Setelah lama ako round-round dalam Tesco nih, baru ako terperasan, dimana sifat penjenamaan sendiri(betol ke frasa yg ako guna?) oleh pihak Tesco pulak, dari segala jenis barang, tak kira barang makan minum, air cola, aiskrim, jus buah, kacang tanah dan bermacam-macam lagi benda yg dorang nih dah jenamakan menggunakan jenama dorang(Tesco). Dari situ aku jugak teringat yg penjenamaan sendiri nih terjadi jugak di HYPERMARKET Giant, dimana penjenamaan sendiri produk-produk popular atas jenama sendiri.
Dari sini aku tak tau lah, tujuan penjenamaan nih adalah bersifat persaingan sihat atau tidak, samada persaingan ini bertujuan untuk memberi pilihan harga lebih murah untuk barangan yg sama jenis. Tapi pada pandangan RADIKAL ako pulak, benda nih jugak sama seperti menabur 'Natrium Nitrat' kedalam periuk nasi pengusaha-pengusaha dan pengilang-pengilang kecil jenama-jenama baru nak naik, lebih-lebih lagi ianya tidak terkecuali pengusaha-pengusaha kecil dari golongan BUMIPUTERA. Masalah inilah yg lama-lama membusuk dan terus membusuk, lama-lama bangkai. Siapa nak jawab nih Jack?? Ah! jangan jadi macam filem Wall-E sudah... semua barang dah jadi jenama satu kompeni jer...
Perkara nih ako rasa kena ketengahkan, pihak-pihak yang bertanggungjawab kena pantau dan amik tindakan, paus-paus besar ni, dorang punya banyak modal, setakat nak sapu plankton-plankton sekeliling dorang senang-senang jer....
Wednesday, October 29, 2008
:: FAKULTI MULTIMEDIA DAN KREATIVITI ISLAM PERTAMA DI DUNIA ::
Fakulti ini menawarkan tiga program peringkat ijazah dan tiga program peringkat diploma iaitu:
Sarjana Muda Kreatif Multimedia
Sarjana Muda Grafik Multimedia
Sarjana Muda Internet Protokol Televisyen
Diploma Kreatif Multimedia
Diploma Grafik Multimedia
Diploma Internet Protokol Televisyen
Kami berharap pihak tuan/puan dapat memaklumkan perkara ini kepada pihak-pihak yang berminat
Pihak kami juga mengalu-alukan penglibatan tuan/puan sebagai agen pemasaran bagi Universiti kami.
Bagi maklumat lanjut tentang kemasukan dan agen pemasaran bolehlah menghubungi kami di INSAN MAYA Sdn Bhd no tel. 6017-3030 433 atau email di admin@insanmaya.com.
Sekian Terima Kasih
Tuesday, October 21, 2008
:: Shamsiah Fakeh meninggal dunia :: Al-Fatihah (Berjuang menuntut kemerdekaan dengan berani dan tegas!) no compromise!
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.
Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.
"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah. Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.
Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa tidur seharian suntuk semalam.
"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, (nyawa) beliau sudah tidak ada. Wajahnya kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang berlainan bapa.
Tambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan penulis kolum Hishamuddin Rais hadir memberikan penghormatan terakhir.
Hujan lebat sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.
Menurut memoirnya, Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.
Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.
Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.
Lagi tentang beliau- http://www.penerbit.ukm.my/f659-9.html
-Semua artikel aku cedok dari Malaysiakini, Al-Fatihah untuk beliau.
Sunday, October 12, 2008
|| Rumah Terbuka DSAI || Semua berjalan lancar... kehadiran Hindraf di rumah terbuka DSAI.
P/S- Artikel ini sepatutnya diterbitkan masa hari raya ari tu, tetapi atas sebab² teknikal, ia terlewat.. cis~
Tengah hari tadi aku pegi majlis rumah terbuka DSAI, sampai pukol 1.30 camtu, naik moto dengan adik sedara aku sebab aku menjangkakan jalan sesak di tempat kejadian, tapi sebab aku datang awal, semua perkara berjalan lancar, kehadiran orang ramai mula menampakkan peningkatan, masok jer perkarangan Padang Kelab Sultan Sulaiman aku tengok ada barisan panjang menuju ke khemah, aperhal? sekali orang beratur nak salam dengan DSAI, lepas salam-salam, aku menuju ke khemah makan2, kat sana pon ada yg beratur, aku masok kedalam khemah, tengok semua arah dari kawasan tengah khemah, rupanya, makanan banyak, dan orang yg beratur adalah mereka2 yg baru sampai macam aku dan terus menyambung beratur ke gerai first untuk mengambil makanan, padahal takyah beratur pon, banyak kedai tengah2 khemah yg kurang orang, aku pegi ke gerai yg takder org, amik sate dua tiga cucuk(eheheheh),makan-minum, pastuh ada persembahan gendang rebana dan alat musik tradisional dari kumpulan gendang Persatuan Seni Silat Gayong Pesaka Malaysia, persembahan dari kumpulan nasyid Rabbani, tak tunggu lama, pasal aku ada kerja pukul 4, aku pon terus round2 amik gambar, dan bergerak pulang, keluar jer nak pegi kat moto, sekali nampak sekumpulan org pakai baju oren, geng Hindraf datang... susah ni... ahahahah aku sapa dorang... tengok dorang okei jer... takder pon provokasi nak menyusahkan keadaan pon, dorang datang meraikan hari raya dengan melayu, ahahahaha dalam surat khabar cakap dorang biadap la, kuang aja la... aper jer larr.. aper-aper hal... nih gua upload gamba gua pg tadi...
Tuesday, October 7, 2008
|| Monkey See Monkey Do || aku nak latih acit jadi mcm monyet² ni... HUhUhuh
TOKYO - Sebuah kedai minuman yang terletak di utara Tokyo, Kayabukiya telah menggaji sepasang monyet Jepun yang digelar Yat-chan dan Fuku-chan untuk melayan pelanggan mereka. Fuku-chan biasanya akan mula bekerja pada sesi pertama dan dia cukup pantas melayan dengan memberikan pelanggan tuala panas untuk membersihkan tangan sebelum mereka membuat pesanan pertama. Fuku-chan yang berusia empat tahun berpengalaman dua tahun dengan kerja-kerja sebegitu dan bidang tugasnya hanya terhad kepada tuala panas sahaja. Kedua-dua ekor monyet tersebut sangat dihargai oleh pelanggan yang sering memberikan mereka kacang soya rebus untuk mereka nikmati.
-lepas ni ramai la lagi yg susah nak ddt kerja kat restaurant... ahahaha
Yang Celaru
Wednesday, October 1, 2008
|| Minda Bersaru || ada pele?
Kontraktor rumah : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh, lagu mano gak caro dia?
Pegawai Bangunan : Lagu ni?, mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado doh!
Pegawai bangunan : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tak leh! Tak Leh!
Pegawai Bangunan : Bak po tak lehnyo!, cepatlah wat tubik!
Kontraktor rumah : Kalu tak tengok tak leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh la!!! kawe nak luluh rano, kalu kawe tak tengok!
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyat doh, ambo malu nak tunjok.
Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulak? Pah tu bawok pele wat gapo kalu tak sir tunjok?
Kontraktor rumah : Ehhh! malulah nak tunjok , pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak apo, kalu cukup syarat! Kalu tak tunjok, kawe nak sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, orghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : La!, tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letak atas meja kaunter ni pun buleh! Cepatlah! kawe ado khijo lain lagi nih! Sibuk benar ni! Kena paham la!
Kontraktor rumah : hoh! Ambo wak tubik dah ni ! Cepatla? tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut), buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi kan? Pele ambo kecik! demo nok tengok jugak!
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besarnyo!, maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado la dale beg nie! Tak ghoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingat demo paham! Hok dok mari doh pun tak penah jadi lagu nie! Demo dok mano?
Kontraktor rumah : Gua Muse!
Friday, September 26, 2008
:: Repost :: repos dari AIC forum
« Reply #28 on: September 25, 2008, 02:48:56 AM » | Remove |
aku bengang bukan pasal apa... lama dah bengang pasal bebenda ni, tapi dok diam jer, pendam sampai bengkak, tapi biler dah menanah tuh yg perit terpaksa keluarkan jugak,
perkara nih jadik lagik seminggu nak raya nih... seperti yg sedia maklum bagi org-org kawasan setapak dan sekitar, mungkin juga en.bob yg tanya saya setapak area mana(aku anak jati kg sungai mulia, cucu hj mallah dan hj jaafar batu 5), tentang sedia maklum tadi- maksud aku, mengenai kawasan perniagaan Uptown Danau Kota, bagi kami anak tempatan disini, rata-rata dan semuanya la, mengetahui bahawa, peniaga-peniaga di Uptown tu langsung takda sorang dari kariah kawasan kami,
kesah bermula masa beberapa ketika ura-ura kawasan uptown damansara dipindahkan ke danau kota, kami sudahpun mendapat berita gembira itu dan sejuklah hati anak-anak kariah akan kemunculan kawasan perniagaan yg dikira mungkin akan membawa pulangan ekonomi yg baik di kawasan kami.
Tibalah berita2 bahawa pemohonan tapak telah dibuka kepada sesiapa yg berminat, TETAPI!!!! AHhahAhAH terdapatlah berita-berita bahawa tapak-tapak Uptown telahpun penuh senarai penghuninya, setelah di 'ricki-ricki', dengar lah perkhabaran kepada siapa tapak-tapak ini di beri hak, datanglah gerombolan mereka-mereka yg tidak dapat dikenali entah dari mana ke kawasan ini, berang lah sebilangan peniaga-peniaga kecil di kawasan batu5(medan idaman/ong tai kim) dan sebilangan penduduk asal mengenai perkara ini. Tetapi kami bersifat terbuka dan menerima perkara ini dengan baik dan malas untuk mengutarakannya dengan lebih panjang lebar, biarlah puak-puak ini yg menjaga 'kawasan-kawasan mereka'.... dan aku pun redha je lah, mungkin takda rezeki nak meniaga kat situ..
hari berganti hari, purnama bersilang purnama, tahun melompat tahun, tibalah bulan puasa untuk tahun 2008 ni... terfikirlah aku untuk cuba meniaga secara kecil-kecilan... seblom ini, di bulan-bulan puasa yg lepas, aku selalu meniaga kat area ong tai kim jer... tapi memandangkan proses pembesaran Jalan Gombak sedang rancak berlangsung, kawasan ong taikim tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya... berfikirlah aku, apalah kiranya dapat aku mengadu nasib untuk cuba berniaga 'berhampiran' Uptown Danau, dan di suatu hari lagi seminggu nak raya(beberapa hari lepas) aku pon dengan merendah diri cubalah bertanya kepada seorang peniaga di hadapan Shell di tepi jalan taman ibu kota,
"bang, boleh saya bukak table sebelah abang? saya nak meniaga alas meja plastik"
brader nih pandang aku atas bawah
"cuba abang tanya orang yg tengah sandar kat kereta tu, dia yg jaga kawasan ni, saya meniaga ni dia yg bagi"
aku pun pegilah kat brader yg sorang lagi nih...
"bang, boleh saya meniaga kat kawasan ni? sebelah abang jual air tu"
orang ni pandang aku atas bawah jugak,
"tak boleh la, brader tu meniaga situ sebab dia ada 'link' dengan 'boss', aku tak boleh bagi kau meniaga sinih, tapi... kalau ko nak meniaga jugak, ko boleh meniaga seberang jalan sana, sana aku bagi"
brader ni tunjuk aku, seberang jalan yg takder org lalu lalang dan keadaan gelap, kurangnya lampu jalan, ada la org meniaga dadih kat situ(yg keadaannya seperti hidup segan mati tak mahu),
dalam hati aku... "dari dia suruh aku meniaga kat sana, baik aku meniaga dalam longkang, alang-alang biar orang tak nampak gerai aku terus.."
untuk keterangan korang, aku hanya nak bukak meja lipat (macam kat kedai mamak tu) sebijik jer, dengan satu roll plastik alas meja, sebilah gunting dan beberapa helai plastik bungkusannya nanti.... itu pun dia tak bagi...
lepas jer brader tu cakap macam tu, memanglah menyumpah dalam hati aku, takpalah, takder rezeki, nak buat macam mana...
aku pon suruh la adik aku tolak troli berisi roll plastik alas meja patah balik ke kereta aku untuk diupload kedalam bonet kembali.
dan apa point aku disini???
Kenapa indon jual steambot ramai-ramai(dekat 9-10 stall) tak dihalau??? tetapi melayu, warganegara dan seagama tidak diberi peluang, hanya untuk seminggu je.. bukan terus meniaga kat situ...
aku harap korang dapatlah jawab persoalan aku ni... mana hak aku sebagai anaktempatan, dah lah tempat kami dirampas, kami nak tumpang(kampung kami) hanya untuk seketika pun di tidakkan hak kami...
satu lagi info penting buat korang yg baca thread ni, secara pukul ratanya, penduduk asal kawasan jalan gombak adalah dari keturunan minang kabau dan bahasa pasar yg digunakan ialah loghat minang Gombak,bermula dari (kampung puah)batu 3 membawa ke batu 11, masuk je batu 12 dah area orang asli(baru-baru ini dipanggil orang asal).
sekali lagi di ingatkan, tujuan thread ini dibuka bukan bertujuan untuk melaga-lagakan mana-mana pihak, ia hanyalah bertujuan menyatakan HAK dan MEMPERSOALKAN KEPINCANGAN DIDALAM PERTUBUHAN BAWAH TANAH yg semakin hari semakin pening...
-Yang Celaru
iceburn www.mindabersaru.blogspot.com
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Post kat atas nih, aku post dalam Forum AnwarIbrahim Club, banyak gak la pandangan dan pendapat dari ahli2 AIC tu, banyak jugak la geng adik-beradik yg melenting-lenting, siap tanya aku dok mana la, apa la... , aku bagi tau semua, terpulang la pada geng2 ni nak nak nilai aku apa... aku cuma nak menyatakan ketidak puasan hati aku jer...
untuk korang yg nak mengikuti borak pasal benda ni sila klik --->http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php/topic,2163.0.html
-Yang Celaru
Thursday, September 25, 2008
|| 7 tahun abah tak pernah belikan baju raya, kasut baru untuk Suhaib.... ||
Norlaila Othman Thu | Sep 25, 08 | 2:20:24 pm MYT | |
Aku menuju ke peti surat dan mengambil dua keping kad Raya yang dihantar oleh suami yang masih 'disimpan' oleh Hamid Albar di Kem Kamunting. Satu untuk ku dan satu untuk Suhaib. Jariku terlalu ingin untuk mengoyak dan membaca isinya tetapi segera disergah oleh Suhaib yang akan di hantar ke sekolah untuk program iktikaf dan mukhayyam. "Ummi, kita baca kad dalam kereta saja lah, dah lewat ni..," kata-kata itu mematikan segala keinginan tersebut. Aku memandu agak perlahan. Suhaib yang kelihatan agak ceria, memasang memasang radio dan sesekali tersenyum mendengar celoteh DJ bertugas. "Bacalah kad yang abah kirim tu" kataku sambil menjeling padanya yang tersandar disebelah ku. Dia segera mencapai envelope putih bersaiz 4 x 8 inci itu mengoyakkan kulit dan mengeluarkan isinya. Sebuah kad raya yang manis warnanya, coklat dengan kombinasi keemasan. Suhaib membaca seketika, tapi kemudian segera meletakkan kad itu di dalam laci dashboard. Wajahnya tiba-tiba muram dan muncungnya kelihatan agak panjang. "Kenapa ni? Apa yang abah tulis? Abah marah Suhaib ke" tanya ku bertalu-talu. Suhaib mendiamkan diri. Wajahnya dihalakan ke arah tingkap sebelah kiri. Aku sudah masak benar dengan sikap orang bujang di sebelahku ini. Malas nak layan. Kami berdua sama-sama membatukan diri. Perjalanan dari Keramat ke Gombak terasa begitu lama sekali. Tiba di laman sekolah, Suhaib segera menghulurkan tangan, bersalam dan mencium tanganku. Aku ingin mencium pipinya tetapi cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Aku perasan hidung dan matanya merah sedikit. Tanpa sepatah kata, terus saja dia membuka pintu kereta dan berjalan meninggalkan ku yang masih termangu-mangu. Aku mencapai kad raya di laci kereta dan meneruskan perjalanan menghala ke Hulu Kelang. Aku cuba membaca kad Raya itu,tetapi tulisan yang agak halus itu menyukarkan aku memahami isi kandungannya. Aku memberhentikan kereta di tepi jalan dan melihat kad itu semula. "Suhaib, di Hari Raya ini, abah mohon jutaan maaf kerana sejak tujuh tahun yang lalu, abah tak pernah belikan baju Raya dan kasut baru untuk Suhaib. Abah juga terlalu ingin untuk membawa Suhaib ke kedai dan membeli barang-barang yang Suhaib suka. "Abah juga minta maaf kerana tidak dapat membesarkan Suhaib dan memberi didikan yang baik sepertimana bapa orang lain. Abah terlalu rindu untuk bersama-sama Suhaib dan Umi dan menyambut Raya macam orang lain....." Ohhhh! Inikah ucapan yang menyebabkan Suhaib muncung macam ikan todak. Aku pun terasa sayu juga membaca ucapan itu.Air mataku sendiri bergenang. Nasib baik aku sedang bersendirian di kereta. Pada ketika itu, aku hanya mampu berdoa supaya kezaliman ISA segera di angkat dari keluarga kami. -"kedu sial gua baca cerita camni..." -Yang Celaru Gua brani, Lu brani??? |
Sunday, September 21, 2008
|| Tiada Penjelasan ||
kejap murung,
kejap menung,
ada mobil lintas,
di tenung kosong,
ada burung layang terbang,
di renung kosong,
sebentar ketawa,
kejap lagi murung,
kembali lagi bertinggung,
di dalam kepala,
kosong...
-Warung Bulan, Padang Balang,
3:57ptg, 12/09/08
|| REPOST || Dari blog En.Zahan-Kupasannya menarik!
Saturday, September 20, 2008
Refom Minda
Singapura lebih maju dari Malaysia bukan kerana rakyatnya lebih bijak. Berikut ialah rumusan penulis tentang sebab-sebab sebenar:
1. Politik di Singapura stabil. Sekalipun media Malaysia sentiasa menggambarkan Singapura dengan pemerintahan diktator, hakikatnya ialah rakyat Singapura selesa dengan ekonomi yang cemerlang dan kepimpinan negara yang bersih dari rasuah.
2. Kepimpinan negara bersih dari rasuah. Rasuah dipandang serius di Singapura. Seorang menteri Singapura pernah dikecam teruk kerana mendapat sedikit diskaun sewaktu pembelian sebuah apartment. Ini berbeza dengan politik Malaysia di mana imej BPR cukup rendah dan dilihat di bawah kerajaan.
3. Singapura tidak boros. Kepimpinan Singapura tidak menghabiskan harta negara untuk projek-projek yang sekadar menguntungkan kroni.
4. Gaji kakitangan kerajaan tinggi. Gaji PM Singapura tertinggi di dunia. Di Malaysia, kakitangan kerajaan hidup susah sehingga ada yang menjadi pencacai UMNO seperi shardanny, melayunet, zeymi dan antihusam. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi.
5. Perancangan yang teliti untuk jangka masa panjang. LIhat saja bagaimana Pulau Batu Putih berjaya dirampas dari Malaysia dengan perancangan yang teliti.
6. Rakyat bersemangat mencari wang. Rakyat Malaysia khususnya Melayu banyak yang mempunyai sikap malas merancang dalam usaha mencari wang. Justeru, ekonomi orang Islam mundur. Pendapatan berkapita orang Melayu rendah berbanding kaum lain. Orang Melayu juga asyik berpolitik tetapi ramai yang enggan berniaga dan tidak sistematik dalam mengurus kewangan. Penulis sebagai contoh mampu mengumpul lebih RM15,000 sebulan sedangkan rata-rata rakan penulis hanya mampu memperolehi sekitar RM2,500 sahaja. Perancangan itu penting.
7. Sistem pendidikan dipolitikkan. Pensyarah dan guru-guru diperkuda oleh BN. Penukaran ke bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik menjadikan budak-budak Melayu semakin mundur dalam subjek-subjek ini. Golongan pro-UMNO seperti zeymi dan melayunet juga maklum akan perkara ini tetapi enggan mengaku salah. Justeru, penyokong taksub dan pengampu seperi mereka membuatkan kepimpinan negara berasa tindakan itu betul.
8. Islam Hadhari. Singapura maju tanpa Islam hadhari. Di bawah Islam yang sejati, kita yakin kita akan lebih maju tetapi jelas, di bawah Islam hadhari, orang Islam semakin ketinggalan..
Posted by ZaHaN at 6:14 PM 0 comments http://zahan-article.blogspot.com/
- Cuba letak kita Melayu yang mana satu???
Friday, September 19, 2008
|| Minda Ku Terus Bersaru ||
Persoalan seperti ini sering dikeutarakan kepada aku oleh mereka2 yg rasa kurang yakin ianya akan berlaku,
16 september dah pon berlalu, takder tuka kerajaan pon?
Satu lagi pertanyaan lazim dari mereka2 yg yakin pertukaran akan berlaku, tapi masih lagi menguatkan perasaan masing2 dengan doa2 tipoo kununnya pertukaran kerajaan tidak akan berlaku.
Pada diri aku, perkara yg menjadi pokok dalam persoalan bongok nih bukanlah tarikh atau waktu ianya akan berlaku, 16sept adalah sebagai satu titik atau dot mula kepada perkara yg sedang dan akan terus berlangsung dan terus-menerus tanpa henti biarpon banyak halangan dan cubaan2 taik dari mereka2 yg tidak mahu ianya berlaku. Dengar2 dari memember yg bekerja dengan gomen pon, dah banyak yg meng'audit' repot dan akaun keluar masok mereka, ntah apa yg perlu diaudit, aku tak pasti, dari VO ke VOP, dari QUO ke INV, dari hulu ke hilir... banyak orang yg da pening kepala da skang nih... "Kata takkan berlaku".
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan (tidak kira bila), semua akaun, bil-bil, kertas2 tulis angka 'uang' akan terus diaudit dan di check oleh orang2 baru untuk membongkar kerja2 yg busuk mereka2 yg terdahulu, kalau ada yg wangi takper la, biar terus wangi, sebabnya yang dicari ialah bau yg busuk, kalau kita masok bilik ada bau tikus mati, dah sure kita akan tinjau bawah meja atau lemari tercari2 mana bangkai tikus tu, tapi kalau kita masok bilik bau wangi yg best, takder kita nak terhegeh2 cari bau apa(selalunya la).
Bapak2 yg bikin projek2 kontrak ke, sapkon ke, skang nih pon banyak gak yg pening kepala, dari borak2 ditepi mereka yg aku dok pasang telinga dengar, banyak barang mentah da naik harga, dari copper nya, ke gulung wayarnya, semua da naik harga, sebab??? apa lagi kalau bukan emas hitam yg menjadi kegilaan alasan untuk menaikan harga barang, tapi....!!!!!! harga minyak bukan ke da turun beb... apsal harga barang tak turun??? mari kita tanya Ah Keong...
"sekarang kilang sudah mikin itu balang masa halga mahat dulu, bila itu minyak ala tulun lima belas sen, tapi itu stok lama punya halga, mana bley mau kasi turun, nanti lugi sama kilang, saya kedai pon simpan stok lama punya halga, balu punya halga tala mali lagi... lu apsat tanya?? kasi baya sudah la... sebok punya pendek..."
Apapun alasan, aku pasti, bila kerajaan bertukar dan janji mereka untuk menurunkan harga minyak terlaksana, sesiapa pon mereka2 ini perlu dan wajib untuk menurunkan harga2 barang, bukan semua orang mampoo pakai Toyota Wish beb, kenaikan harga barang nih untuk kesenangan mereka2 dari kelas bawahan, tak kesian ke dengan atok2 yg kerjakan sawah, kerjakan ladang kecik, dapat pon dua tiga ketol sebulan, tetiba nak beli minyak masak pon kena catu... salah saper beb?????
"bila harga minyak naik, harga barang naik, PM cakap dalam tv, suro orang macam kita berjimat cermat dalam belanja, habis pak menteri yg kehulu-kehilir kena eskot ramai2, pastu jalan2 makan angin luar negara, pakai duit sapa? duit keluar dari tanah? mak dia kirim duit dari kampung? bawak anak bini pegi oversea, shopping sana sini, kita kat Malaysia ni dia suro berjimat-cermat dalam belanja.... *&*%$%#%%$#@^&%#%" (ayat seterusnya telah ditapis) kata seorang member aku, ahli musik tradisional core(dewangga sakti).
cakap banyak pon bukan boleh dapat apa... apa2 hal... assalamualaikum...
-Yang Makin Celaru
Saturday, September 13, 2008
:: Masyarakat berbilang kaum ::
"Kami ingin menyorot pandangan semua kepada kenyataan Pakatan Rakyat yang dikeluarkan pada 8 September lalu.
"Kenyataan itu membuktikan iltizam kami untuk menjunjung jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi, hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan
agama masing-masing, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak kaum masing-masing untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lainnya.
"Kami menggesa kerajaan untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa operasi yang bermotifkan politik ini sudah berakhir," katanya.
Anwar berkata, sebagai rakyat negara ini yang bertekad untuk mematuhi semangat keperlembagaan, "kita sudah tidak mahu lagi hidup di dalam ketakutan".
"Kami menggesa sesiapa sahaja yang ditahan dibawah ISA mestilah dibebaskan segera.
"Kami juga menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan kita yang ditahan serta keluarga mereka tatkala melalui saat-saat sukar ini," katanya.
dalam saat-saat getir macam ni, elok la jangan sebut pasal isu perkauman ke, keagaamaan ke, telinga masing2 da mula panas... bagi aku, kalau kita bergaduh sesama kita, tak kira la melayu dengan melayu, melayu dengan cina, melayu dengan india, tetap akan jadi seperti "yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu"... takder pekdah deh...
-Yang Celaru
Tuesday, September 9, 2008
:: Panas! Andy sepet da takleh dok diam ::
"haiya, bos apa macam sikalang? sudah manyak panas la ini celita" andy sepet mula becok,
"huh? amenda ko ni? tak paham aku? apa yang panas?"
"ini la, celita tumpang punya celita"
Pergh.. ni kena hati2 cakap ni, kena kasi keadaan seimbang, ibarat tarik benang dalam tepung, benang tak putus, tepung tak bersepah...
"woo, itu ahmad punya celita ka, you jangan susah hati la, ini celita pasal tumpang punya hal ka?, ini semua mau main politik punya hal meh', lagi diaolang mau kasi you cina panas, semua orang sudah tau meh', ini Umno punya hat, diorang mau kasi laga orang cina sama melayu"
"tau, ini olang memang takda pikir punya olang, nanti kita sama2 malaysia gaduh dalam, siapa ada untung?"
"ya la, andy.. ini macam... you tengok sekarang, kita melayu sama cina sama india sudah kawtim, itu semua orang sudah pandai sudah pegi sekolah punya meh', itu Umno punya orang tengok PKR sudah boleh kumpul semua bangsa satu payung, diorang sudah risau... kacau la ini macam, jadi ini semua perkauman punya hat semua, mari mana? diorang la..."
tengah2 borak tiba2 terhenti, bos andy panggil suro angkat barang, sebentar kemudian, datang balik dia kat aku...
"aku ingat ini semua orang bodo punya otak, mau kasi kita gaduh(melayu/cina)..."berbelit lidah dia nak susun ayat...
"andy... sekarang sudah zaman apa? sudah internet punya zaman you tau, semua orang sudah pandai punya, sudah tau mana baik, mana buruk, kalau ada orang mau bikin ini macam semua orang sudah pandai pikir, takda terus mau angkat parang ka, pedang ka... kita bukan zaman perang2 punya zaman meh' "
"iya la, sikalang cina punya olang pun sudah tak mau sama ini BN, mau kasi buang ini semua, ni tengok semalam semua sudah pigi sana Taiwan, apa mikin? mana wang angkat? haiya... chiau hai ini olang"
"hey andy, kalau gaduh sama you arr, gua ingat gua menang la, you gemok mana boleh lawan..."
ketawa mamat cina ni, lega aku... susah bila orang macam diorang ni nak bawak borak, diorang ni bukan bukak blog macam orang lain, habis2 dapat kertas surat layang mana datang tak tau.
"gua ingat diolang memang mau lari la, sudah mau dekat ini 16 punya tarikh" sambil cakap mata dia yang juling cuba dibetolkan,
"macam2 hat boleh jadik la kawan, sama2 tunggu tengok la.."
pergi lagi dia, lepas tu barang aku pon sampai, andy tolong sorong barang2 aku bawak pegi kereta,
"andy, kita sama2 cari makan sini Malaysia, apa mau gaduh2... nantik kalau gaduh, you hilang k*te, gua pon hilang k*te, apa mau bikin???"
berdekah gelak dia sambil menyorong troli besi pegi balik kedai dia...
apa yang ndak aku citerkan kat sini bukan la nak mengapi-apikan mana2 pihak, tapi bila keadaan macam ni, aku rasa baik la kita bertolak ansur antara satu sama lain, tak payah la nak lawan2 dengan sesama kita, kita satu bangsa Malaysia, elok lagi kita gaduh dengan orang luar, dari gaduh dengan kengkawan yang sama2 cari makan satu tempat, pendapat aku untuk orang yang cuba mengapi-apikan isu perkauman ke apa ke... memang korang nih bodoh sengal... pegi la bakar sampah ke, isap rokok ke, buat kuih bakar ke, borak ngan cik bakar ke, buat apa nak mainkan api perkauman... eh sial la...
-Yang Celaru
Monday, September 8, 2008
:: Kecelaruan Minda / Mental Disorder ::
Ramai yg tanya kenapa aku buat blog Minda Bersaru ni,
ya, di sini aku nak luahkan apa yang ada dalam dada aku, apa yang aku tak puas hati, apa pendapat dari belah aku, apa yang aku nampak depan mata aku, apa yang aku dengar dengan telinga aku, semua benda yang aku rasa hak aku dan perlu untuk aku tulis, di sini lah...
Mungkin tempat ni akan jadi platfom untuk aku perjuangkan apa yang aku paham(fahaman), mungkin jugak tempat aku perjuangkan hak atas tanah pusaka dari nenek moyang aku(Gumbak/Gombak), mungkin juga aku akan bercerita sinis politik sana-sini...
Iya... semuanya mungkin
dan akhir sekali, aku mau kongsi hasil yang keluar dari benak aku dengan semua orang(Puisi aku)...
Selamat datang mata yang menipu!
"Mulut katup, jari menari-nari"
-Yang Celaru
Sunday, September 7, 2008
:: Mantera Beradu - Malique feat. M.Nasir ::
Masih belum sempurna..
(M.Nasir)
Gerakkan Hati... Hati gerakkan...
Pandanglah aku.. aku lah dia..
(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual...
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
(M.Nasir)
Pecah tembelang... peta dah hilang...
bangau dah pulang... suara sumbang..
(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut
(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
Puisi hati mu... hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku
(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sini
ku berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
(Suara Latar)
Akhirnya sempurna....
Saturday, September 6, 2008
:: Meludah Di Pintu Neraka… ::
memalit dusta di pintu syurga
kekasih paduka yang membawa gerhana
meniti cahaya sirna yang cela
hela nafas putus tak bersambung
kencana dewata pembawa derita
topeng derhaka menari-nari
kelubung duka serta beradu
sempuh kasih luknya rindu
siulan celaka memujuk nista
tohmah melayang yang terima adika
biarlah janji hembusan rindu
berkongsi nasib dengan sang hitam
gelora asmara menahan derita
helang pun datang
pipit pun pergi
bersatu di alam mimpi
yang aku pun kurang pasti
-Yang Celaru
27/2/2007
"Bukan melawan takdir, bukan berjudi nasib, tapi aku mengadu tuah"
:: Minda Bersaru ::
:: Minda Bersaru ::
:: Minda Bersaru ::
:: Kecelaruan ::
apa tujuan?
mana hala?
Entah aku sendiri kurang pasti…
Yang cerah lagi ku suluh,
Yang suram aku pejamkan,
Yang berdiri aku baring,
Yang sunyi aku tutup telinga,
Yang bising aku memekik,
Yang sayang aku benci,
Yang pasti…
Ku ungkap satu persatu,
Di dalam renungan jendela waktu,
Yang semakin pendek dan bercelaru,
Tiada arah tuju,
Tiada asal mula,
Tiada… Oh! Tiada…
Mana satu aku…
Hitam atau Putih?
9.27pm | 18/11/03 | Bilik rumah sewa…
Aku tidak pasti…
-Yang Celaru
:: Donia Terlalu Sunyi... ::
Ingin aku menjerit,
Memaki seperti ada yang tidak puas hati,
Bangkit dari duduk yang kematu,
Di bangku luput usia waktu,
Berlari-lari meminta kepuasan,
Berguling-guling anak,
Kurang siuman atau lebih siuman,
Dot akhir usia makin hampir,
Minta untuk ditangguh,
Padahal sunyi yang tidak pasti,
Usia yang makin hampir,
Penghujung atau mula,
Kurang pasti,
Yakin tapi gusar,
Rasa dalam paksa,
Apa yang dicari,
Sebenar ada disini,
Dunia…
Oh! terlalu sunyi…
14/11/03 | Bilik rumah sewa…
-Yang Celaru
:: Loceng Sial... ::
Ah! loceng sial ini lagi,
Bibir mungil yang tidak berhenti bicara,
Kepala ku celaru,
Fikiran ku buntu,
Mental ku terganggu,
Mulut bisa terus berkata,
Kan ini sial mu,
Yang kau pikul sudah bertahun-tahun,
Mengapa membantah?
Terimalah dengan pasrah,
Sialmu itu datang dari dalam dirimu,
Tidak mungkin pudar ditelan waktu,
Tunggu dan tunggu,
Ting! Ting! Ting!
Ah! Sekali lagi loceng sial itu berbunyi!
-Yang Celaru
:: Minda Bersaru ::
:: Hujan Ungu ::
entah kenapa,
hari ini hujan ungu,
"ayah, kenapa hujan kaler ungu?"
"ntah, ada kaler tumpah kat awan"
"dulu hujan kaler apa ayah?"
"dulu hujan takda kaler"
entah kenapa,
hujan hari ini hujan ungu…
:: Benci Pada Diri? ::
Sial yang ada dalam diri yang meludah wajah,
Pencipta memaling wajah dari khalifah,
Sujudku tak diterima doa lebur,
Menjadi bara neraka,
Takdir berbaring beralas jahanam,
Aku,aku,aku sialan puaka sendiri,
Aku nak lari tapi tak bisa,
Kerana kakiku dipasak kebumi,
Hati hitam pekat hancur,
Diri diperlaku ibarat batu,
Tak layak aku hirup firdaus,
Tak pernah aku menafi,
Tapi masa yang tiada,
Dunia dipenghujung usia,
Aku yang buntu bukan salah ibu melahirkan aku,
Sial dibelakang aku begitu berat,
Pedih, Pedih! PEDIH!!!
-Yang Celaru
KFC medan idaman 03-04-05
:: Benci Di Atas Kaki Sendiri! ::
menulis cerita dusta si pendosa-pendosa purba,
miring ke kiri miring ke kanan,
yang disayang kian melayang,
langsung kebencian terbit dari dalam diri,
keterlalu untuk menyapu wajah kotor,
aku buntu,
bagai kelikatu hilang lampu,
celaru dan saru,
jasad sujud menaku pun tidak terhapus,
serik untuk memekik,
selamat tinggal dunia.
-Yang Celaru
January 9th, 2006 at 6:37 am
:: Menjilat Matahari…. ::
Kusut jiwa dalam mencari,
Kosong isi dan penyesalan menyepi,
Hitung hari demi detik yang tinggal,
Tak tahu,
Penggalas tanggung,
Berat bahu dan belikat bersambung,
Kelangkang goyang tunggu hari rapuh,
Kepala sikit hari letus,
Dada sikit hari kopak,
Mata sikit hari katup,
Telinga sikit hari tuli,
Nafas sikit hari terhenti,
Yang nak dijilat matahari,
Kenapa tak ditunggu malam?
Jilat saja bulan dan bintang,
Beku hati nanti,
Menjilat Matahari…
Wednesday, January 9, 2008
:: melayuboleh ::
melayu boleh begitu sinonim dengan web lucah malaysia. ia masih unggul sebagai kata carian paling popular . antara kata kunci carian lain bagi melayu boleh ialah web melayu boleh, melayu boleh bogel, gambar melayu boleh, seks melayu boleh, cerita lucah melayu boleh, dan melayu boleh seks.
Kewujudan kata kunci “melayu boleh” disebabkan oleh kewujudan laman web lucah yang memaparkan aksi-aksi lucah, porno, seks yang dikatakan dilakukan oleh orang melayu suatu ketika dulu. Ia menjadi sangat popular setelah kewujudannya disebarkan oleh pihak media. baby rina satu nama yang cukup sinonim dengan laman web melayu boleh.
itu adalah satu kisah yang agak lama dahulu..namun kini lambakan web porno makin menjadi-jadi dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih.